icon-search
icon-search
  • my-11134207-7qul9-lkgdm5h8mv3p29

[KK] (PRE-ORDER) ALAF 21 Ustazah Basikal dan Dua 'Malaikat' Penjaga Gunung (Jilid 2): India, Nepal,Pakistan –Ahmad Isa

RM 35.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Ahmad dan Adilah menyambung kayuhan ke tiga buah negara lagi iaitu India, Nepal dan Pakistan setelah melepasi Malaysia, Thailand dan Myanmar sebelum ini.

 

Di India, Ahmad mengalami kejutan budaya berikutan sifat warganya yang sentiasa ingin tahu hingga mengakibatkan Ahmad yang introvert menjadi rimas. Berbeza pula dengan Adilah yang ekstrovert dan sangat gembira dengan sambutan di India. Walaupun berbeza bahasa, itu sama sekali tidak menghalang Adilah untuk berkomunikasi dengan warga tempatan dengan cemerlang!

 

Ahmad begitu teruja bila memasuki negara Nepal kerana beliau adalah seorang 'hikers' dan memanjat Gunung Everest adalah salah satu impian beliau sejak zaman universiti lagi. Namun nasib tidak menyebelahi mereka kerana mereka memasuki Nepal pada musim hujan dan sangat berbahaya untuk mereka menjejaki Gunung Everest. Lalu mereka kembali ke India sebelum masuk ke negara seterusnya iaitu Pakistan.

 

Di Pakistan pula, kedua-duanya sangat gembira dan bersyukur kerana mereka bebas makan apa sahaja tanpa perlu risau tentang status halal makanannya. Sekali lagi malang tidak berbau, mereka telah ditahan oleh tentera Pakistan selama tiga hari sebelum Adilah pula dimasukkan ke hospital beberapa hari.

 

Banyak kejadian yang tidak masuk akal berlaku di Pakistan, tetapi perancangan ALLAH SWT ternyata adalah yang terbaik.

 

 

"Kembaralah, nescaya kita akan rasa lebih bersyukur kerana dilahirkan di Malaysia." - Ahmad Isa -

Your cart is currently empty.
Continue shopping