icon-search
icon-search
  • ShowImage (11).jfif
  • ShowImage (12).jfif

TAFSIR AL-MARBAWI QURAN BERGANTUNG MAKNA MELAYU - Haiyah Hussin, Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Sabri Mohamad

RM 100.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Sinopsis:Manuskrip Melayu Islam ialah warisan ilmu dalam bidang keagamaan yang dihasilkan oleh intelektual Melayu yang falsafah, jati diri bangsa Melayu dan nilai keagamaan yang menunjangi kehidupan mereka. Antara manuskrip yang baru didedahkan penemuannya kepada masyarakat umum termasuklah Quran Bergantung Makna Melayu, karya tafsir oleh Mohamed Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi (1896) -1989). Manuskrip ini dihasilkan oleh al-Marbawi pada 21 Syaaban 1375H, bersamaan 2 April 1956 ketika beliau berada di Kaherah. Naskhah manuskrip ini setebal 377 halaman termasuk indeks dan mengandungi tafsiran surah al-Fatihah sehingga surah al-An'am, ayat 14. Pendekatan tafsirnya secara tahlili, dengan huraian makna sebahagian daripada potongan ayat al-Qur'an bersumberkan ayat al-Qur'an yang lain atau hadis Nabi Muhammad SAW dan pendapat para sahabat r.a. Kebiasaannya riwayat tersebut dikemukakan maknanya sahaja.
Penulis:Haiyah Hussin, Latifah Abdul Majid, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Sabri Mohamad
Bil. Halaman (ms):736
Berat Buku (kg):1.40
Your cart is currently empty.
Continue shopping