icon-search
icon-search
  • KOMBO_BC__25_.png
  • 233678668_562887231736528_1971003822281836226_n_6255-0q.jpg
  • 234094687_562887218403196_1389466000626112108_n_wc42-kw.jpg

KOMBO: Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Surah Al-Rahman & Surah Yasin

RM 105.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Tajuk: KOMBO: Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Surah Al-Rahman & Surah Yasin
ISBN: kombo-surah-alrahman-yasin
Penerbit: Alim Rabbani Media Sdn Bhd
Penulis: Ahmad Saifuddin Yusof
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat:
- Surah Al-Rahman : 183 m/s
- Surah Yasin : 313 m/s

Halaman: Hitam Putih
Format: Hardcover
Berat (kg): 0.95 kg
Dimensi (cm): 23.6 cm x 16 cm x 3.5 cm 


KOMBO Tafsir Al-Quran Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Surah Al-Rahman & Surah Yasin akan terima :


1. Surah Al-Rahman

2. Surah Yasin

3. Percuma Bookmark


Surah Al-Rahman

Surah al-Rahman seolah-olah ‘kembar’ kepada Surah al-Waqi’ah. Kandungannya sangat unik memandangkan terdapat pengulangan sebanyak 31 kali pada ayat ini;

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? – Surah al-Rahman (55): 13

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat huraian yang jelas patah demi patah perkataan di dalam ayat-ayat Surah al-Rahman. Walaupun penat dengan tugas selepas pilihan raya umum 2008 ketika itu, Tuan Guru tetap memberi perhatian sepenuhnya dalam menghuraikan ayat demi ayat surah ini. 

Penjelasan Tuan Guru tentang azab neraka dan nikmat syurga daripada kandungan surah ini dapat memberi satu refleksi dan muhasabah terhadap sesiapa yang mendengar kuliah beliau atau membaca buku ini.

Surah al-Rahman memberi fokus perihal beriman kepada Hari Akhirat yang sering diberi penekanan oleh Tuan Guru supaya percaya dan beriman dengan sungguh-sungguh terhadap balasan Allah kepada manusia.


Surah Yasin

Surah Yasin merupakan antara surah yang sangat dekat di hati kita rakyat Malaysia. Surah yang banyak diamalkan sama ada dibaca pada setiap malam Jumaat atau pada majlis-majlis kenduri. Umum mengetahui fadilat-fadilatnya namun berapa ramai di antara kita yang memahami isi kandungan surah Yasin.

Surah Yasin mengandungi ajaran-ajaran tunjang dan asas dalam agama, tentang kenabian Rasulullah s.a.w., kisah 3 orang rasul yang diutuskan kepada penduduk sebuah qaryah, bagaimana manusia akan dimatikan dan dihidupkan semula begitu juga tentang kiamat. Di dalam Tafsir Surah Yasin, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengupas topik-topik ini dengan contoh dan analogi yang mudah untuk kita faham dan amalkan dalam kehidupan

Tuan Guru juga menegaskan tentang pentingnya untuk kita memahami 'isi' Yasin terlebih dahulu sebelum 'kulit' (fadilat)

Semoga dengan membaca Tafsir Tuan Guru ini akan menambahkan lagi kecintaan dan kefahaman kita terhadap surah Yasin yang sering kita baca hampir setiap minggu.

Your cart is currently empty.
Continue shopping